Tuesday 1 December 2009

Kain kapan Hj. Teepoo


Al-kisah ada seorang businessmanyang kaya raya bernama Hj.Teepo. Apa saja
nama bisnes atas muka bumi ini, dia ada. Sayang, kekayaan Hj.Teepo adalah
sebahagian besar hasil penipuan dan putar alamnya dalam bisnes. Sahamnya
berpuluh juta, hasil penipuan. Tanah ribu hektar,pun hasil tipu. Wang
beratus juta juga, tipu punya hasil. Puas isterinya memberikan kaunseling
agar Hj.Teepo berhenti menipu, namun tak dihiraukannya.

Kerana makan terlalu banyak danmewah, dinner tiap-tiap malam (orang
belanja of course), exercise tarak, satu hari Hj.Teepo disahkan oleh doktor
mengidapi penyakit barah dan disahkan akan padam dalam m asa sebulan. Maka
teramatlah hiba hati Hj.Teepo nak meninggalkan dunia ini, tambah pula
mengenangkan segala aktivitinya selama ini.

Maka dipanggillah anak isterinyauntuk berwasiat. kain yang dah buruk,
koyak pun tak apa, buat kain kapan aku. Aku dah banyak merasa kemewahan
didunia ini. Biarlah kain buruk yang ku bawa ke akhirat," jelas Hj.Teepo
dengan genangan air mata. "Kenapa begitu bang?" tanya isterinya."Saja aku
nak merasa pakai kain buruk pula," jawabnya lagi. Isterinya terdiam,tapi
hatinya berbisik, "Syukurlah, walau dah agak terlambat, ada juga kesedaran
dan keinsafan dihati suamiku."

Maka tempoh sebulan cuma tinggal24 jam lagi. Dengan wajah sugul,
Hj.Teepo berbaring dikamarnya. Kain putih yang dah lusuh dan terkoyak
sana
sini telah siap disediakan. Untuk terakhir kali, siisteri menghampiri
Hj.Teepo. "Bang", bisiknya perlahan. "Buat kali terak hirsebelum abang
meninggalkan kami, berilah tahu kenapa abang nak dikapankan dengan kain
yang
dah buruk. Sedih saya melihat keadaan kain itu bang. Apakah abang telah
insaf dan bertaubat dengan perbuatan abang selama ini?"

Hj.Teepo merenung isterinya lama-lamadan bersuara, "Baiklah, mari rapat
kepadaku" isteri Hj.Teepo terus menghampiri suaminya. Dengan nadayang
sedih
Hj.Teepo bersuara, "Yang, you pun tahu,terlalu banyak dosa yang Ilakukan
selama ini. Berapa ramai orang yang dah I kelentong. Jadi cukuplah
kemewahan
yang I rasakan. Biarlah I dikebumikan dengan kain buruk saja." Isterinya
masih ragu-ragu.

"Apakah abang fikir dosa-dosaabang boleh diampunkan dengan berkain
kapan
yang buruk begitu?" tanyanya lagi.

"Bukan begitu Yang. Kalaulahabang pakai kain kapan yang buruk, nanti
Malaikat Mungkar dan Nakir fikir abang dah lama mati. Mere ka juga akan
fikir
abang dah kena soal. Taklah nanti mereka soal abang lagi. Jadi selamatlah
abang...."

"Astaghfirullah hal 'aziiiiiiiiiim"isteri Hj.Teepo terus terlentang
kerana terkejut berok dengan penjelasan suaminya.

P/S: Mati pun nak kelentong. Nakkelentong Malaikat pulak tu..... Ambik le iktibar....

0 comments:


Blogger Layouts by Isnaini Dot Com. Powered by Blogger and Supported by ArchitecturesDesign.Com Beautiful Architecture Homes